Thursday 4 December 2014

MTE3012 - Kompetensi Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Kursus ini akan menyediakan para pelajar dengan pengetahuan asas, prinsip dan kemahiran mengenai teknologi maklumat dan komunikasi. Selain daripada itu, para pelajar akan diberi kemahiran menggunakan perisian-perisian yang disokong oleh elemen multimedia, Internet dan komunikasi bagi meningkatkan kualiti tugasan yang disediakan. Pelajar juga akan didedahkan kepada keselamatan, etika, penulisan teknikal dan profesionalisma dalam ICT.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kini menjadi suatu keperluan dan kepentingan sistem pendidikan negara. Integrasi ICT dalam pengurusan dan kepimpinan pendidikan turut menyumbang kepada peningkatan kecemerlangan institusi pendidikan di samping meningkatkan kompetensi dan prestasi pengurus dan pemimpin pendidikan. 

Penggunaan ICT dalam pengurusan dan pentadbiran serta pengajaran menjadi satu keperluan yang tidak dapat dinafikan kepentingannya. Keperluan ini menjurus kepada peningkatan pelbagai pengetahuan dan kemahiran serta perubahan sikap dalam ICT sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan kearah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu. 

Antara tugasan yang disiapkan :

Sijil sekolah (microsoft words)

Jadual markah tahunan (microsoft excel)

Hari Kantin (powerpoint)

Mesyuarat PIBG (powerpoint)

Lagu aerobik (audacity)

Video pengajaran (movie maker)

Poster sekolah (microsoft publisher)